Monday, June 30, 2008

10 Pesanan Tarbiah Sheikh Yusuf Al-Hasani

10 PESANAN TARBIYAH SHEIKH YUSUF MUHIDIEN AL-BAKHOUR AL-HASANI

1. Hendaklah mengenal orang yang kamu pilih sebagai sahabat

2. Senantiasa bermuzakarah dengan Syeikh (Murobbi) atau Pengasuh

3. Jangan tinggalkan zikir dan majlis ilmu

4. Muhasabah sebelum tidur akan perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan

5. Berhusunu-dzon (baik sangka) kepada orang lain

6. Pertimbangkanlah sebelum berbuat dan bertindak

7. Gunakan pelbagai kesempatan dengan perkara-perkara yang baik dan jangan bermalas-malas

8. Perbanyak ibadah-ibadah sunat, khususnya di waktu malam hingga fajar

9. Senantiasa lahirkan (perbahrui) semangat dan tidak menunda-nunda dalam melakukan kebaikan

10. Jadikanlah kekeliruan dan kesalahanmu sebagai pelajaran baru atau pesan rahsia dari Allah untuk kesempurnaanmu

Oleh:

Sheikhna Sidi Rohimuddin Al-Bantani (khalifah Sheikhna Yusuf Al-Hasani)

Manhaj Amali Dalam Tasawwuf

Jalan kita berasaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah serta ijtihad para arifin yang berteraskan kedua-duanya sebagai landasan utama.

Manhaj amali dalam tarbiah As-Syazuliyyah Ad-Darqowiyyah yang dibawa oleh guru kita Al-Arif biLlah Al-Habib Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhur Al-Hasani ada lima rukun yang utama:

Pertama: As-Suhbah

Iaitu, bersahabat dengan mursyid yang kamil lagi mendapat keizinan dalam tarbiah, yang boleh membawa kita kepada Allah s.w.t..

Kedua: Ilmu

Iaitu: galakan kepada murid-murid terhadap menuntut ilmu kerana tiada perjalanan menuju Allah s.w.t. melainkan ianya didasari oleh ilmu yang sahih terutamanya ilmu fardhu ain.

Ketiga: Zikir

Iaitu: galakan kepada murid-murid agar sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. kerana ianya merupakan jalan yang paling penting untuk sampai kepada Allah s.w.t..

Keempat: Muzakarah

Iaitu: berbincang dengan mursyid tentang masalah-masalah kerohanian dan tarbiah di sepanjang jalan menuju Allah s.w.t. semasa di bawah pentarbiahan mursyid tersebut.

Kelima: Mujahadah

Iaitu: Melawan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan, dengan amal-amal ketaatan di bawah bimbingan mursyid yang kamil tersebut.