Showing posts with label tausiyyah. Show all posts
Showing posts with label tausiyyah. Show all posts

Friday, July 11, 2008

Keutamaan Majlis Selawat

Keutamaan Majlis Selawat

Sheikhna Yusuf Al-Hasani berkata: "Majlis selawat adalah antara manhaj tarbiah utaman pada jalan kami. Ianya diwarisi daripada para masyaikh terdahulu. Ia adalah kesinambungan daripada bai'ah ketaqwaan. Ia sebagai tanda mahabbah kepada Rasulullah s.a.w.."

Demikianlah kepentingan majlis selawat dalam manhaj tarbiah Sheikhna Yusuf Al-Hasani. Sesiapa yang mengambil bai'ah tarbiah daripada Sheikhna Yusuf Al-Hasani mahupun Sheikhna Rohimuddin Al-Bantani seharusnya hadir bersama dalam majlis zikir, selagimana tidak ada keuzuran.

Majlis zikir dan selawat adalah suatu proses tarbiah untuk melatih kesetiaan dan kejujuran seseorang murid kepada sheikhnya, melatih murid untuk istiqomah dalam amalan, meningkatkan kerohanian seseorang dan menguatkan ukhuwwah sesama ahbab.

Oleh yang demikian, bersama-samalah kita menghadiri majlis selawat dan zikir mingguan, kerana itulah yang sering dipesan oleh para masyaikh kita yang terdahulu. Majlis yang penuh barakah adalah taman dari taman-taman syurga.

Semoga para ahbab dapat terus bersama-sama dalam menghadiri majlis zikir mingguan ini…

Wallahu a'lam…

Khodimul Qaum….

Wednesday, July 2, 2008

Jejak Kasih: Sheikh Al-Habib Yusuf Al-Hasani Menjejaki Semula Anak-anak Murid Beliau Khususnya di Malaysia

Jejak Kasih: Sheikh Al-Habib Yusuf Al-Hasani Menjejaki Semula Anak-anak Murid Beliau Khususnya di Malaysia

Sheikh Al-Habib Yusuf bin Muhyiddin Al-Bakhur Al-Hasani tiba di Malaysia sebulan lepas (31 Mei 2008) dalam rangka untuk menjejaki semula anak-anak murid beliau yang pernah ditarbiah dan dididik oleh beliau khususnya di Mesir suatu ketika dahulu. Dengan rasa penuh kasih dan sayang sepertimana seorang ayah merindui anak-anaknya yang sudah lama tidak dijumpainya, Sheikh Al-Habib Yusuf mengunjungi setiap negeri yang didiami oleh anak-anak murid beliau.

Kunjungan beliau bermula di Negeri Sembilan di mana beliau melawati anak murid kesayangan beliau, juga seorang ustaz yang bertanggungjawab membawa majlis selawat beliau di Bahau, iaitu Ustaz Nasir. Sheikh Yusuf menzahirkan penuh rasa kegembiraan apabila rindunya terubat dengan menemui anak-anak murid beliau seperti Ustaz Nasir, Ustaz Hafiz, Ustaz Fuad, Ustaz Rasyid (Negeri Sembilan), Ustaz Mustofa Tayyib (Kelantan), Ustaz Habib Ibrahim (Pahang), dan sebagainya.

Begitu juga beliau melanjutkan kunjungan ziarah beliau ke Kuala Lumpur dengan ditemani oleh Al-Akh Faiz bin Zainal Abidin, untuk bertemu dengan anak-anak murid beliau khususnya di Kuala Lumpur, seperti Ustaz Nik Bakri, Al-Fadhil Haji Muhammad Nor dan sebagainya.

Seterusnya, beliau ke Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang serta Kedah dalam rangka menemui anak-anak murid beliau yang lain seperti Ustaz Tuan Syarifuddin, Ustaz Muhaimin (di Kelantan), Ustaz Al-Habib Hafiz Al-Aidarus (di Terengganu), Ustaz Hasyim, Ustaz Zaki, Ustaz Izab Hanbali, Ustaz Shahul Hamid (di Pulau Pinang), Ustaz Zaini, Ustazah Huda (di Kedah) dan sebagainya.

Rasa kegembiraan terzahir di wajah Al-Habib Yusuf kala bertemu dengan anak-anak muridnya yang telah sekian lama mengambil haluan hidup masing-masing sehinggakan seolah-olah, ikatan ahbab al-hasani di Malaysia hampir tidak kelihatan antara ikhwan. Al-Habib Yusuf dalam kunjungannya kali ini sering memberi harapan kepada para muridnya agar terus mengukuhkan ikatan "ahbab-hasani" dalam rangka untuk menyebarkan dakwah Islam kepada masyakarat dengan manhaj yang dibawa oleh Sheikh Al-Habib Yusuf.

Sheikh Yusuf mengingatkan para muridnya agar tidak membiarkan duniawi merampas mereka daripada jalan dakwah yang mulia. Sheikh Yusuf menyatakan kesediaan beliau untuk berada bersama ahbab beliau di Malaysia dalam tempoh masa yang tertentu sekiranya para ahbab menyatakan kesediaan mereka untuk memperuntukan waktu mereka untuk terus berada dalam majlis tarbiah dan ta'lim sheikh sekiranya beliau jadi tinggal bersama-sama mereka.

Sheikh Yusuf Al-Hasani menyandarkan harapan yang tinggi kepada para ahbab khususnya di Malaysia untuk meneruskan kesinambungan manhaj dakwah dan tarbiah yang beliau warisi daripada para mursyid beliau terdahulu.

Sheikh Yusuf Al-Hasani sentiasa menyatakan pesanan kepada para ahbabnya di Malaysia agar tidak meninggalkan majlis selawat yang diamalkan sejak sekian lama oleh para shuyukh terdahulu, kerana majlis tersebut merupakan suatu majlis yang penuh keberkatan dan ianya merupakan antara manhaj tarbiah utama dalam jalan menuju Allah s.w.t..

Sheikh Yusuf Al-Hasani juga menyeru kepada para ahbab agar menjaga ikatan ukhuwwah ahbab-hasani sesama mereka dalam rangka memantapkan lagi perjalanan dakwah. Sheikh Yusuf sering menyuruh agar sesama ahbab saling bantu membantu dan berusaha agar dapat sentiasa bersama-sama mengadakan majlis selawat di peringkat pusat selain majlis selawat mingguan di negeri masing-masing.

Sheikh Yusuf juga mengingatkan para ahbab agar sentiasa mendoakan beliau di sebalik ketiadaan beliau di sisi mereka. Sheikh Yusuf Al-Hasani sentiasa mendoakan para muridnya dan sentiasa menyatakan rasa kasihnya kepada mereka kerana baginya, para muridnya adalah lebih berharga daripada dunia dan segala isinya, kerana dengan merekalah, beliau mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. dalam usaha dakwah dan tarbiah tersebut.

Semoga Allah s.w.t. terus menjaga, menaungi dan membantu dakwah Sheikhna Yusuf Al-Hasani dan semoga Allah s.w.t. membalas jasa Sheikhna Yusuf di atas pengorbanan, jasa dan tarbiah beliau kepada kami, para ahbab beliau.

Amin…

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil

Al-Razi

Tuesday, July 1, 2008

Mutiara2 Syair


Mutiara Syair Sayyiduna Ali bin Abi Thalib


بكيت على شباب قد تولى * فيا ليت الشــباب لنا يعـود

لو كان الشــباب يباع بيعا * لأعطيت المــبايع ما يـريد

ولكن الشـباب إذا تــــولى * على شـرف فمطلــبه بعـيد


Aku menangis atas masa mudaku yang telah berlalu. Aduh! alangkah enaknya kalau masa muda itu dapat kembali lagi kepada kita

Seandainya masa muda itu boleh diperjualbelikan pasti aku kan berikan kepada penjualnya apapun yang ia inginkan

Akan tetapi jika masa muda itu sudah berlalu jauh dari kemuliaan maka memintanya untuk kembali lagi adalah sesuatu yang mustahil

Mutiara Syair Al-Imam Asy-Syafi'e


إن الفقـيه هو الفقـيه بفعـله * ليس الفقـيه بنطـقه و مقاله

وكذا الرئيس هو الرئيس بخلقه * ليس الرئيس بقومه و رجاله

وكذا الغـني هو الغـني بحاله * ليس الغـني بملـكه و بماله

Sesungguhnya orang yang faqih itu adalah dinilai dengan perbuatannya Bukanlah orang yang faqih itu dinilai dengan ucapan dan perkataannya

Begitu juga pemimpin itu adalah dinilai dengan kemuliaan akhlaknya
Bukanlah pemimpin itu dinilai dengan banyaknya pengikut dan pembela-pembelanya

Begitu juga orang yang kaya itu adalah dinilai dengan keadaan (kedermawanan)nya Bukanlah orang yang kaya itu dinilai dengan banyaknya harta bendanya

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 97}


فقيها و صوفيا فكن ليس واحدا * فإني و حـــق الله إيـــاك أنــــصح

فذالك قاس لم يـــذق قـلــبه تقى * وهذا جهول كيف ذوالجهل يصلح


Berusahalah engkau menjadi seorang yang mempelajari ilmu fiqih dan
juga menjalani tasawuf, dan janganlah kau hanya mengambil salah satunya.

Sesungguhnya demi Allah saya benar-benar ingin memberikan nasehat padamu.


Orang yang hanya mempelajari ilmu fiqih tapi tidak mahu menjalani tasawuf, maka hatinya tidak dapat merasakan kelazatan takwa. Sedangkan orang yang hanya menjalani tasawuf tapi tidak mahu mempelajari ilmu fiqih, maka bagaimana boleh dia menjadi baik?

[Diwan Al-Imam Asy-Syafi'i, hal. 47]

Disediakan oleh:

Sidi Faiz bin Zainal Abidin

TAUSIYYAH SHEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BANTANI

TAUSIYYAH SHEIKH ROHIMUDDIN BIN NAWAWI AL-BANTANI:

QAIDAH KE (12) (ILMU TANPA AMAL SARANA TANPA TUJUAN) “Kemuliaan sesuatu adakalanya dengan sebab dzatnya, maka pencahariannya hanya kepada dzatnya; adakalanya karena manfaatnya, maka pencahariannya untuk mendapat manfaat darinya; dan adakalanya kerna keterkaitannya, maka faedahnya ada pada berhubungan dengan keterkaitannya. Maka ada yang berkata: (Ilmu tanpa amal sarana tanpa tujuan, sedang amal tanpa ilmu sebuah tindak dosa). Aqal itu lebih utama dari mengetahui, Mengetahui Allah adalah ilmu yang paling utama karena ilmu itu sangat agung. Ilmu untuk mengetahui dzatnya itu lebih afdol lagi, karena keistimewannya ada pada dzatnya, seperti ilmu haibah (takut kepada Allah) dan unus (rasa tentram bersama Allah) dan lainnya...

Barangsiapa yang dampak ilmunya tidak nampak pada amalnya maka ilmunya akan menjadi beban bukan faedah. Boleh jadi itu bukti bahwa dia tidak berilmu jika ilmu itu disyaratkan dengan adanya amal, meskipun merupakan masalah kesempurnaan. Fahamilah dan renungkan!!!.



QAIDAH KE (13). (FAEDAH SESUATU ITU TUJUAN EKSISTENSINYA) Faedah sesuatu merupakan tujuan eksistensinya. Dan memberikan faedahnya: adalah hakikat sesuatu itu pada permulaan atau akhir atau kedua-duanya. Seperti Tasawuf: adalah satu bidang ilmu yang bertujuan untuk memperbaiki hati dan menunggalkan Allah di dalam hati dari selainNYA. Ilmu Fiqih: untuk memperbaiki amal, memelihara peraturan, dan melahirkan hikmah hokum Islam. Ilmu Ushul: untuk merealisasikan keyakinan dengan dalil dan menghiasi iman dengan keyakinan. Ilmu Kedokteran: memelhara kesehatan badan. Dan Nahwu: untuk memelihara bahasa. Dan lain-lain. Fahamilah!!!.

QAIDAH KE (14). (KEUTAMAAN ILMU TASAWUF) Mengetahui faedah dan konsekwensi sesuatu itu sebuah motif untuk berusaha keras mencari dan mendapatkannya karena keinginan itu sangat begantung kepada sesuatu yang memberikan faedah, hal itu jika setuju, jika tidak maka sebaliknya. Benar orang berkata bahwa kemuliaan sesuatu itu dapat disebabkan dari kemuliaan keterkaitannya. Sedang tidak ada yang lebih mulia dari keterkaitan ilmu tasawuf, kerana landasan ilmu ini adalah takut kepada Allah sebagai konsekwensi dari ma’rifat serta perrmulaan mengikuti perintahNYA. Dan tujuannya adalah meng-Esakan Allah di dalam hati.

Oleh karena itu Imam Al Junedi ra berkata: “Jika aku tahu bahwa di kolong langit ada yang lebih mulia dari ilmu yang kita bicarakan bersama sahabat-sahabat kita ini (tasawuf) maka aku pasti mendatanginya”. Sekian dan semoga jelas!!!

Monday, June 30, 2008

10 Pesanan Tarbiah Sheikh Yusuf Al-Hasani

10 PESANAN TARBIYAH SHEIKH YUSUF MUHIDIEN AL-BAKHOUR AL-HASANI

1. Hendaklah mengenal orang yang kamu pilih sebagai sahabat

2. Senantiasa bermuzakarah dengan Syeikh (Murobbi) atau Pengasuh

3. Jangan tinggalkan zikir dan majlis ilmu

4. Muhasabah sebelum tidur akan perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan

5. Berhusunu-dzon (baik sangka) kepada orang lain

6. Pertimbangkanlah sebelum berbuat dan bertindak

7. Gunakan pelbagai kesempatan dengan perkara-perkara yang baik dan jangan bermalas-malas

8. Perbanyak ibadah-ibadah sunat, khususnya di waktu malam hingga fajar

9. Senantiasa lahirkan (perbahrui) semangat dan tidak menunda-nunda dalam melakukan kebaikan

10. Jadikanlah kekeliruan dan kesalahanmu sebagai pelajaran baru atau pesan rahsia dari Allah untuk kesempurnaanmu

Oleh:

Sheikhna Sidi Rohimuddin Al-Bantani (khalifah Sheikhna Yusuf Al-Hasani)