Pertama: As-Suhbah
Iaitu, bersahabat dengan mursyid yang kamil lagi mendapat keizinan dalam tarbiah, yang boleh membawa kita kepada Allah s.w.t..
Kedua: Ilmu
Iaitu: galakan kepada murid-murid terhadap menuntut ilmu kerana tiada perjalanan menuju Allah s.w.t. melainkan ianya didasari oleh ilmu yang sahih terutamanya ilmu fardhu ain.

Iaitu: galakan kepada murid-murid agar sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. kerana ianya merupakan jalan yang paling penting untuk sampai kepada Allah s.w.t..
Keempat: Muzakarah
Iaitu: berbincang dengan mursyid tentang masalah-masalah kerohanian dan tarbiah di sepanjang jalan menuju Allah s.w.t. semasa di bawah pentarbiahan mursyid tersebut.
Kelima: Mujahadah
Iaitu: Melawan hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada kemaksiatan, dengan amal-amal ketaatan di bawah bimbingan mursyid yang kamil tersebut.
No comments:
Post a Comment