Wednesday, July 2, 2008

Manaqib Saadah: Sheikh Abu Muhammad Rohimuddin bin Kiyai Nawawi Al-Bantani

Nama beliau ialah, Sheikh Al-Lughawi Abu Muhammad (Abu Asma') Rohimuddin bin Sheikh Kiyai Nawawi Al-Bantani. Berkahirnya nasab beliau kepada Saidina Husein r.a., cucunda Baginda Saidina Rasulullah s.a.w. melalui susur galur As-Syarif Hidayatullah (Raja Bantan).

Beliau dilahirkan pada 8hb Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia. Dan merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkenal di Mekah iaitu asy-Syaikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi al-Bantani atau Syaikh Nawawi Bantan.

Sheikhuna Sidi Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk meneruskan pengajiannya. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan para ulama yang terkenal di Indonesia, Mekah dan Mesir.

Antara guru-guru beliau adalah:-

Indonesia:

  • Ayahanda beliau sendiri – Al-Marhum Kiyai Nawawi Al-Bantani
  • Kiyai Maemun Zuber
  • al-Marhum Kiyai Mahrus Ali
  • al-Marhum Kiyai Umar Sholeh
  • al-Marhum Kiyai Aqiel Siraj
  • al-Marhum Kiyai Syadzeli
  • al-Marhum Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani

Mesir:

  • asy- Syaikh al-Habib Yusuf al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi (bekas mufti Kanada merangkap pengarah Yayasan Islam Kanada)
  • Sheikh Dr. Muhammad Al-Ghazali (seorang tokoh ikhwan Muslimin)
  • Syaikh Umar Hasyim (bekas raktor Al-Azhar As-Syarif)
  • al-Marhum Syaikh Mutawalli Asy-Sya'rawi (mufassir agung di Mesir)
  • al-Marhum Syaikh Zaki Ibrahim (pemimpin majlis sufi tertinggi di Mesir)
  • Syaikh Ibrahim Al-Khuli (ulama' Al-Azhar)
  • Dr Saad Jawis (seorang ulama' muhaddis Al-Azhar)
  • al-Marhum Syaikh Gad al Haq (bekas mufti Mesir)
  • Syaikh ‘Abdullah (guru tarikat kesufian)
  • Syaikh Allamah Dr Ali Jum’ah (Mufti Besar Mesir kini)
  • Dan ramai lagi ulama’.

Buat masa ini beliau adalah merupakan antara tenaga pengajar merangkap pengetua di Dar Hasani di Mesir, dan merupakan khalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syadhuliyah ad-Darqowiyah. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta'lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi. Di samping juga salah seorang tenaga pengajar di Ma'ahad Az-Zein di Bogor bagi membantu Sheikh Muhammad Noeruddin al-Banjari.

No comments: